Archive | Berita Artis RSS feed for this section

Rita Rudani Bengang. Tuduh Nomad Cari Populariti

20 Jan

Wah.. marah betul Rita Rudani kali ini. Memang Rita Rudani ini jenis yang out spoken. Sekali dia cakap, memang berdesing telinga dibuatnya. 

Melalui portal Rotikaya,  Rita Rudani meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap penyanyi yang baru sahaja ingin meningkat naik, Nomad. 

Rita Rudani Bengang. Tuduh Nomad Cari Populariti 1

Kata Rita Rudani, Nomad telah memalukannya dan sekaligus mencabar maruahnya sebagai seorang janda. 

“Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak”

“Sudahlah masyarakat mudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda”

“Hakikatnya, saya bertemu Nomad sewaktu mempromosi filem Balistik, tetapi apa yang berlaku seperti bergambar bersama dan merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa,”

Rita Rudani juga meminta Nomad agar tidak meraih populariti dengan gosip-gosip panas sebegini.

“Sebelum ini belum ada rekod lagi saya digosip dengan mana-mana lelaki. Jangan sesekali cuba mencemarkan nama saya. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya”

p/s: Ya, Rita Rudani berhak marah. Tapi janganlah emosi sangat.. Hehehe

Zul Ariffin Tangguh Perkahwinan Kerana Risau Kedudukan Kewangan

20 Jan

Setelah bertahun-tahun menyulam kasih, pelakon Zul Ariffin dan Executive Producer Astro, Gayatri Su-Lin akan berkahwin. 

Malah, Gayatri sendiri menyatakan keinginannya untuk memeluk agama islam jika berkahwin dengan Zul Ariffin. 

Namun bagi Zul Ariffin sendiri, bukan perkara itu yang dirisaukannya, tetapi kedudukan kewangannya selepas berkahwin. 

Zul Ariffin Tangguh Perkahwinan Kerana Risau Kedudukan Kewangan 1

Kata Zul Ariffin, kehidupan sebagai pelakon bukan seindah yang disangka. Pendapatannya tidak tetap dan tidak menentu. 

”Ya, dia ada memberitahu saya jika saya sudah bersedia memperisterikannya, saya perlu memaklumkan kepadanya kerana dia mahu mempersiapkan diri untuk tukar agama.”

”Bagaimanapun, buat masa ini saya pula yang belum bersedia untuk berkahwin. Ada banyak perkara yang mengganggu fikiran.”

”Memang pada awalnya saya cukup teruja untuk memperisterikannya tetapi ada kalanya perasaan itu hilang. Saya tidak mahu bila berkahwin nanti duit tidak ada. Kawan-kawan juga ada yang menyakat, jika berkahwin nanti akan diikat (dikongkong) isteri.”

Zul Ariffin Tangguh Perkahwinan Kerana Risau Kedudukan Kewangan 2

Zul Ariffin menolak tanggapan liar yang diterimanya bahawa beliau tidak mampu untuk membimbing Gayatri setelah bakal isterinya itu memeluk agama islam.

”Saya tiada masalah untuk membimbingnya sebagai seorang Islam. Cuma saya risau mengenai hala tuju perkahwinan saya nanti. Saya juga risau mengenai hala tuju sebagai pelakon selepas itu.”

”Banyak perkara yang bermain di fikiran ketika ini yang membuatkan saya masih belum bersedia. Bagaimanapun, perancangan untuk berkahwin itu memang ada.”