Kemampuan Sofi Jikan Sebagai Pengarah DiPertikaikan

7 Jan

Semasa Sofi Jikan meluahkan hasrat untuk bersara dari menjadi pelakon, LaporanTerkini sangkakan Sofi Jikan akan bersara terus dari industri hiburan. Rupanya, beliau hanya bertukar portfolio sebagai pengarah pula. 

Sofi Jikan kini telah menjadi pengarah kepada filem Gangsterock di bawah produksi Serina Redzuawan. Walaubagaimanapun, kemampuan Sofi Jikan dipertikaikan.

Kemampuan Sofi Jikan Sebagai Pengarah DiPertikaikan 1

Ini kerana Sofi Jikan sebelum ini tidak pernah terlibat secara langsung dalam bidang pengarahan filem.

Sofi Jikan berkata kepada wartawan mstar, beliau sebenarnya telah membuat persediaan sepenuhnya sebelum membentangkan kertas kerja lakonan filem itu.

“Saya sudah buat persiapan yang cukup rapi dan teliti sebelum dibentangkan di hadapan Sherina dan Yusof Kelana.”

“Saya tahu ramai yang tidak yakin, malah ramai yang menganggap saya hanya berangan sahaja, namun ia tidak mematahkan semangat saya,”

Kos bagi filem arahan pertama Sofi Jikan ini ialah RM 1.5 juta dan akan ditayangkan pada 11 Jan 2013 ini. 

Selain menampilkan artis ternama seperti Saiful Apek, Izzara Aishah dan Harun Salim Bachik, filem ini juga dikritik sebagai filem syok sendiri kerana Sofi Jikan melakonkan watak utama, penyanyi lagu tema dan juga pengarah filem itu. 

Kemampuan Sofi Jikan Sebagai Pengarah DiPertikaikan 2

Sofi Jikan mengulas, beliau tidak kisah dengan komen dan kritikan yang diterimanya sebaliknya ingin membuktikan kepada produser filem bahawa beliau sebenarnya berbakat.

Melalui laporan tahunan Finas, hampir 70% filem tempatan yang ditayangkan tidak mendapat sambutan dan tidak pulang modal. Kita tunggu dan lihat prestasi filem Gangsterock nanti. 

Apa Komen Anda?

comments

No comments yet

Leave a Reply