Nasha Aziz dan Zul Ariffin Bercinta?

16 Aug

Zul Ariffin, 27, pelakon lelaki kacak ini sering dikaitkan bercinta dengan wanita yang lebih berusia dengannya. 

Zul pada masa kini sedang bercinta dengan Gayatri Su-Lin Pillai, lewat 30-an yang juga penerbit Tayangan Unggul Sdn Bhd. Gayatri juga datang berhari raya bersama Zul baru-baru ini. 

Nasha Aziz dan Zul Ariffin Bercinta 2

Zul bersama Gayatri

Terkini, Zul dikaitkan pula dengan Nasha Aziz, 42. Percintaan dikatakan bermula apabila mereka berdua digandingkan dalam telemovie Kasih Bersulam Daun Palas baru-baru ini. 

”Mungkin kami agak mesra, tetapi ia timbul disebabkan kami pelakon utama dalam telemovie berkenaan. Jadi, tidak salah kalau saya hendak bermesra dengannya bagi mencari keserasian, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang lebih serius.

Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain.”

Zul bagaimanapun mengakui bahawa kemesraan mereka sememangnya akan mengundang gosip liar seperti ini. Zul juga pernah dikaitkan bercinta dengan Abby Abadi sebelum ini.

Zul semasa bercinta dengan Abby Abadi

Zul semasa bercinta dengan Abby Abadi

Hubungan Dengan Kekasih, Gayatri

Zul berkata, hubungan beliau dengan Gayatri masih seperti biasa. Mengenai perkahwinan, mereka masih belum memikirkannya sehingga kini.

Apa Komen Anda?

comments

No comments yet

Leave a Reply