(TAHNIAH) Irma Hasmie Hamil Lagi Dalam Masa 10 Bulan!

13 Jan

Hahaha.. Saja LaporanTerkini nak bagi tajuk artikel nie gempaq sikit. Tapi kalau sudah rezeki Allah, tak ke mana. 

Walaupun anak sulungnya baru berumur 10 bulan, tapi kini Irma Hasmie sudah mengandungkan anak keduanya.

Tak pasti kini sudah berapa bulan beliau mengandungkan anak keduanya itu, tapi berdasarkan pengalaman kami, anaknya tentu sudah berusia 3 bulan ke atas kerana sudah boleh dilihat di mesin ultrasound. 

(TAHNIAH) Irma Hasmie Mengandung Anak Kedua Dalam Masa 10 Bulan!

Perkara ini dikongsikan oleh suami Irma Hasmie,  Redza Syah Azmeer. Beliau menulis di Instagram:- 

“Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah…Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar!”
“Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya ALLAH… Doakan Irma Hasmie dipermudahkan untuk terima amanah ALLAH SWT… Saya sangat bangga dengan kamu, mommy :) Syukur alhamdulillah,”
Semoga pasangan ini terus dimurahkan rezeki. Aminn..
(TAHNIAH) Irma Hasmie Mengandung Anak Kedua Dalam Masa 10 Bulan! 2

Pendapatan Saya Tak Sampai Pun RM 500,000 Setahun – Najwa Latiff

13 Jan

Semalam di HarianMetro telah menamakan 5 artis yang mempunyai pendapatan melebihi RM 1 Juta setahun. 

Di antara yang dinamakan ialah Yuna (RM 5 Juta), Shila Amzah (RM2.5 Juta), Soo Wincci (RM1.5 Juta), Neelofa (RM 1 Juta) dan Najwa Latiff (RM 1 Juta). 

Pendapatan Saya Tak Sampai Pun RM 500,000 Setahun - Najwa Latiff 2

Namun begitu, Naja Latiff hari ini telah menafikan perkara tersebut. Kata Najwa, hasil daripada persembahan pentas, jualan album dan komisyen nada dering telefon tak sampai pun RM 500,000.

Namun Najwa Latiff mengakui beliau memiliki sebuah kondominium mewah di Shah Alam sebagai aset untuk masa hadapan. 

“Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa,”

“Namun begitu, impian saya untuk mempunyai kereta dan rumah sendiri akhirnya terlaksana hasil kerja keras saya selama ini,”