Shila Amzah dan Johan Asa’ri Bakal Bertunang – Propa Atau Benar?

4 Sep

Sehingga ke hari ini, masih tidak dapat diketahui samaada Shila Amzah dan Johan Asa’ri benar-benar bercinta atau tidak.

Sebenarnya LT dah dapat tahu berita ini kira-kira 2 minggu yang lepas. Namun sengaja LT tak siarkan sebarang artikel berkenaan perkara ini kerana percaya perkara ini hanya satu gosip panas

Shila Amzah dan Johan Asa'ri Bakal Bertunang - Propa Atau Benar

LT pernah terlihat satu sedutan di mana Johan mengakui beliau bakal bertunang dengan Shila dan Shila yang berada di situ kelihatan mengeletek kepanasan seperti pengakuan Johan itu hanyalah satu lawak jenaka di antara mereka berdua (kelihatan Johan dan Shila sangat rapat).

Dan pada masa yang sama Johan sebelum ini ada mengakui bahawa beliau akan bertunang pada akhir tahun ini. Namun sebenarnya Johan tidak mempunyai calon yang sesuai sebagai tunangnnya itu dan hanya meletakkan sasaran untuk bertunang pada akhir tahun ini.

Kelihatan juga, keluarga Johan dan Shila amat rapat yang mana keluarga Shila telah melawat keluarga Johan pada hari raya yang lalu dan diikuti pula dengan keluarga Johan selepas itu. 

Namun begitu, sebenarnya tidak ada apa yang istimewa di antara Shila dan Johan. Pengakuan Johan bahwa beliau akan bertunang dengan Shila hanyalah satu lawak jenaka di antara mereka berdua ketika ditemubual oleh Melodi baru-baru ini.

“Saya dengan Shila memang berkawan baik. Hubungan kami berlaku secara automatik dan saya hargai pertemuan ini. Apa yang datang, saya akan jaga dengan elok. Saya tak letak dia sebagai calon jodoh, namun saya tak menolak dengan siapa saja jodoh yang datang kepada saya. Lagipun, siapalah saya ini jika nak dibandingkan dengan Shila. Dia merupakan ikon Malaysia dan berjaya bawa Malaysia di mata dunia,”  

Shila Amzah dan Johan Asa'ri Bakal Bertunang - Propa Atau Benar 1

Namun, Johan juga mengakui amat senang dengan Shila dengan perwatakan Shila yang lemah lembut dan bertudung itu.

“Dalam Islam jika nak cari calon isteri, kita kena lihat pada empat perkara iaitu paras rupa cantik, berketurunan baik, harta dan juga agama. Bagi saya, Shila ada keempat-empat kriteria tersebut

Apa Komen Anda?

comments

No comments yet

Leave a Reply